Mentaliti Bersenam Dikalangan Orang Malaysia

[Artikel dari iluvislam.com oleh Kevin Zahri]

Agak sukar seseorang itu hendak memulakan satu-satu senaman, tambahan jika individu tersebut sememangnya jarang bersenam, bersenam sebulan sekali, dan yang paling teruk, tidak pernah bersenam langsung sepanjang tahun tersebut. Ada yang menjadikan alasan tak masuk akal seperti “kurang fit”, tak larat nak berlari, semput, tiada masa, dan berbagai-bagai lagi sebagai halangan untuk bersenam. Bukannya tiada alternatif, tetapi sengaja mencari alasan kerana hakikatnya, individu yang memberikan alasan itu MALAS BERSENAM.

Bersenam bukan bermaksud anda melakukannya untuk kurus, atau bila dah naik berat badan, baru terhegeh-hegeh hendak bersenam. Tetapi tujuan bersenam adalah lebih kepada peningkatan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal. Senaman yang baik semestinya mensasarkan 5 pecahan berikut, iaitu


1. Kardiovaskular (stamina, jantung)
2. Daya tahan otot (stamina)
3. Kekuatan otot (strength)
4. Komposisi badan
5. Kelenturan

Namun disebabkan senaman menggunakan lebih banyak kalori berbanding aktiviti-aktiviti lain, disamping sesetengah daripadanya mampu meningkatkan kadar metabolisma jika dilakukan dengan betul, maka dengan itu ia merupakan “alat” yang berkesan dalam menurunkan berat badan! Konsep seperti ini harus difahami semua. Bersenam untuk kesihatan dahulu, kemudian barulah kepada kesan sampingannya, iaitu penurunan berat badan.

Tidak perlu hurai terlalu jauh, mari kita tinjau faktor utama dan terpenting di antara kelima-lima komponen tadi. Percaya atau tidak, kekuatan fizikal sebenar/utama manusia terletak pada jantungnya, dan bukan terletak kepada sejauh mana besarnya otot badan. Manusia mungkin boleh hidup jika ketiadaan otot tertentu, tetapi tanpa jantung, manusia itu mati.

No HEART, No YOU !


Jantung yang sihat merupakan jantung yang boleh bekerja dengan effisien tanpa sebarang gangguan. Daripada jantung jugalah darah dapat dialirkan keseluruh badan, supaya otot-otot dan organ-organ dapat menjalankan fungsi yang sepatutnya.

Dalam erti kata lain, jantung adalah enjin kita, jantung adalah penentu sejauh mana badan kita lancar berfungsi, dan semua fenomena ini berkait rapat dengan Metabolisma – sehebat mana badan kita bekerja, sehebat itu jugalah kadar metabolisma kita. Anggap sahaja senaman merupakan salah satu cara untuk kita servis enjin, yakni jantung kita. Cuba fikirkan, apa yang akan terjadi jika enjin kereta jarang diservis? Bagaimana pula dengan prestasi kereta tersebut?

Di samping itu, senaman yang memberikan fokus kepada daya tahan otot dan kekuatan otot (senaman pemberat atau weight training) juga mampu menggalakkan pertumbuhan otot (jika kena pada dietnya) dan ini penting kerana jumlah otot yang banyak bermaksud anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi dan kebarangkalian untuk berjaya mengekalkan berat badan adalah tinggi. Jika kita jarang bersenam, badan kita bukan sahaja ‘kurang’ otot, malah lemak-lemak juga semakin berkumpul, dan 1kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1kg otot (membawa kepada rendah kadar metabolisma).

Oleh yang demikian, janganlah ditunggu lagi. Tidak perlu tunggu sehingga berat badan mencanak naik baru terhegeh-hegeh hendak bersenam. Keadaan akan menjadi lebih sukar jika tahap kesihatan jatuh teruk sehinggakan pada saat itu hendak bersenam pun tak dibenarkan oleh doktor. Kes paling mudah adalah arthritis, yang mana mudah dihidapi mereka yang mengalami obesiti untuk satu jangkamasa yang panjang. Ingatlah, mencegah itu lebih baik dari merawat. Jom kita bersenam?

Tahukah anda: Kebanyakkan selebriti yang mengekalkan wajah “awet muda” seperti Naseer Wahab menjadikan senaman sebagai rutin harian? Benar, senaman melambatkan proses penuaan!

Tercapai hajat pada 2012 !

Wahh..dah masuk tahun baru 2012! Tak sangka kejap je masa berlalu kan? Tapi serius aku tak ingat apa aku buat pada hari pertama tahun 2011 dulu. =p

Bersempena dengan tahun baru ni, aku & kawan2 yg lain berkesempatan untuk panjat Bukit Broga! Dah lama aku mengidam nak panjat. Sejak aku belajar kat Negeri Sembilan lagi..ada la dalam 4 tahun. Dan pada 1.1.2012, hajat aku & rakan2 yg tak pernah naik tercapai gak. Hehe. =)

Lebih kurang pukul 6.50 pagi


Yahhooo!!

Dia kata dia gayat bila kat atas. Haha

Masing-masing dgn gaya tersendiri. Hehe.
(Aku, Yana, Nurul, Qutt, Fairul)

Terima kasih kepada kawan2 yg sudi panjat sekali. Nanti ada masa kita repeat ok!

Untuk pegi ke Bukit Broga ni senang je..cara-cara dia macamni :-

> Jika dari arah Selatan.

  • Masuk ke Seremban.
  • Dari Seremban, tuju ke arah Mantin/Nilai.
  • Bila dah sampai Mantin, tuju ke arah Kajang/Semenyih
  • Nnt korang akan jumpa Petronas kat sebelah kiri. Masuk simpang kanan menuju ke Nottingham Universiti
  • Nak mudah, guna highway baru, LEKAS (Lebuhraya Kajang Seremban)
  • Masuk di Seremban, keluar terus ke Semenyih, belok ke kanan utk ke pekan Semenyih


> Jika dari arah Utara

  • Macam-macam highway ada. Korang pilih la yang mana2 asalkan menuju ke Kajang.
  • Bila dah sampai Kajang, terus tuju ke Semenyih/Seremban.
  • Bila tiba di pekan Semenyih, akan ada 2 simpang (kiri) utama, yg pertama ke Sg. Tekala, yg kedepan sikit simpang ke Nottingham University.
  • Ambil simpang ke Nottingham Universiti. Landmark utama, Petronas kat seberang jalan.


Bila dah masuk simpang ke Nottingham Universiti tu, korang terus je lah. Ada la dalam 10-15 minit. Kat situ ada tempat parking berbayar, siap-siaplah RM2. Hehe.

Ok? Harap-harap korang jelas lah ye dgn direction aku ni. Klau nak tau lagi, bleh je google map. Search "Nottingham University, Semenyih, Selangor".

Selamat mencube! Haha =D

Jawab tag la pulak~

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Lama betul tak update blog. Rasa dah kebas otak nak menulis. =p Dah lamaaaaaaaa sangat rasanya tak kena tag. Sampai aku pun dah lupa tag tu apa. Haha. Kali ini, aku nak jawab tag oleh member sekolej aku dulu, Liyana Azah. =)

Soalan2nye adalah....................jeng jeng jeng!


1. Sekarang, apa yang sedang anda lakukan?
Online lah, sambil tengok citer hindustan kat TV2. =p

2. Perkara yang anda terlalu ingin lakukan yang belum dapat dilakukan?
Err..bernikah kot? Hehe

3. Apakah perkara yg x boleh dilupakan sepanjang hidup anda?
Banyak sangat, yg manis, yg pahit, yg masam. Mana satu nak?

4. Bilakah zaman kejatuhan anda?
Apabila zaman saya mula2 melangkah. Hehe

5. Apakah azam tahun baru anda?
Nak settle-kan azam-azam tahun sebelum ni yang tak ter-settle! Haha

6. Negara mana yg paling ingin anda lawati?
Mekah, Arab Saudi. =)

7. Cerita apa yang anda tonton baru2 nie?
Cerita kedai kopi! Hehe. Banyak cerita tengok..kat TV1, TV2, TV3, An lagi..aishh..banyak la.

8. Nama Ibu anda & maksud nya skali?
Ashiqin..err..maksud tak tau la plak. :p

9. Makanan yg anda craving ketika ini?
Kek coklat kukus ibu! =D

10. Jam berapa skrg?
Bergantung korang baca entry ni pukul berapa. :p

11. Buku yang anda bace baru2 ni?
Buku tentang kesihatan lelaki. Hehe. Men's Fitness, UK Edition.

Haa..tu je la yang aku kena jawab. Harap2 berpuas hati lah ye. Hehe.

#Doakan aku ada idea nak tulis entry baru! =)

Judi melingkari diri

Judi, judi, judi.. Salah satu penyebab kerosakan sesuatu bangsa selepas arak. Mengikut sejarah, judi ni merupakan satu pertaruhan yang telah bertapak berkurun lamanya. Di dalam Islam, berjudi itu merupakan satu perbuatan yang haram.

Namun, yang haram itu lah yang disukai..betul tak?

Dulu, orang main judi sendiri-sendiri. Sekarang, judi itu sendiri dah menjadi satu rancangan TV !!!



Yang paling menyedihkan, hampir keseluruhan progam disertai oleh orang Islam. Baik penonton, peserta, pengacara malah penerbit mungkin? Salah satu rancangan yang kian digilai sekarang adalah 1 Million Money Drop. Ye, aku mempertikaikan rancangan ni.




Terus terang aku katakan, aku tengok rancangan ni 15 minit je. Dan dalam 15 minit ni, terang-terang ada unsur judi. AC Mizal minta peserta pilih kategori dan sebagainya, soalan dikeutarakan, dan peserta dikehendaki letak duit pada jawapan pilihan. Kalau betul, duit tu jadi hak milik peserta, kalau kalah duit tu akan terbang melayang.

Firman Allah;

[90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Betapa mudahnya kita diperdaya. Betapa mudahnya kita terliur dengan kesenangan dunia. Ingatlah, di akhirat nanti kita akan ditanya tentang HARTA. Allah akan bertanya, dari sumber mana harta kita perolehi dan ke mana harta itu dibelanjakan.

Pernah satu ketika di Manjung ada funfair. Dari luar tengok, memang nampak menarik. Tergerak hati untuk tengok apa yang ada. Tapi apa yang aku jumpa hanyalah judi, JuDi dan JUDI. JUDI KELUARGA namanya! Dari si bapa, ibu dan anak2 kecil diajar cara2 bermain judi. Judi murahan yang hanya boleh dibeli dengan RM2 untuk 1 token.

Terdidik sejak kecil -gambar hiasan-

Berhati-hatilah kalau bawak family ke fun fair ni. Kita akan secara tak sedar terlibat dengan judi. Memang hanya untuk suka-suka, tapi secara tersiratnya kita mengajak dan mengajar ahli keluarga kita untuk berjudi. Baling dart, pancing itik, tikam nombor..itu semua tergolong sebagai judi. Kita je tak sedar.

Jadi, lepas ni sebelum buat apa2, fikir dulu betul atau tidak tindakan kita. Fikir tak lama mana pun, daripada menyesal. Walau dah menyesal, kesan judi itu tetap terpahat kat dalam hati..terutama kanak-kanak. Bila dah suka, mereka akan sentiasa nak dan nak. Dan, selama mana mereka begitu, selagi itulah saham dosa akan turut terpalit pada kita.

Renung-renungkan lah..

Larian Tibi 2011

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Aku doakan korang sihat sentiasa. =)


Minggu ni aku berkesempatan mengikut larian lagi. Larian kali ni diberi nama Larian Tibi ataupun Tibi Run. TIBI?? Macam pernah dengar kan??? Ha..tibi ni sejenis penyakit lah. Penyakit yang AMAT MUDAH untuk berjangkit. Camne dia berjangkit? Melalui air liur penghidap tibi. Tersebar melalui percakapan (jenis cakap hujan punye..hehe) dan juga bersin.

Bakteria Tibi (Tuberculosis) berwarna merah

Tujuan larian ni, nak bagi sedar sikit rakyat Malaysia yang kurang pengetahuan tentang penyakit tibi ni. Selalunya, yang menyebarkan penyakit ni (maaf ckp eh), warga2 dari negara Afrika; Nigeria, Zimbabwe dsb. Jadi, kalau korang ditakdirkanlah bercakap dengan diorang, duduk jauh2 sikit.

Kiri; Normal. Kanan; Kesan tibi

Antara petanda awal penyakit tibi ni, korang akan sentiasa batuk-batuk samada berkahak @ tidak selama 2 minggu lebih. Jadi, kalau batuk tak berhenti dalam seminggu, pergi la jumpa doktor buat medical check-up. Bukan apa, dapat kesan awal, cepat jugaklah rawatannya. Tempoh rawatan mungkin mengambil masa 6 bulan yang mana kita kena makan 6 ke 8 biji pil SETIAP HARI !!! Tibi jugak boleh membunuh ye..dia akan serang paru-paru, otak, tulang, kulit & jugak ginjal. So, be aware ok.


Haa..ok, korang jelas tak pasal penyakit tibi ni? Hehe. Ok2..jom kita tengok gambar disekitar acara Larian Tibi ni =)

Register di pejabat MAPTB, Jln Syed Putra, KL.
Garisan permulaan.


Piala utk para pemenang.

Finish Line!

Yang menang je tulis nama ye...hehe

Interview oleh Bernama, TV10 kata juruhebah. Haha

Pemeriksaan kesihatan yang FREE! =D


Jarak larian kali ni, 8km je. JE? Haha. Minggu lepas 7km, minggu ni up 1km. Tapi larian kali ni memang agak mencabar. Laluan dia..masyaAllah..berbukit bukau! Huhu. Macam nak sama dengan Inter IPT Suunto Solomon Orienteering Cup 2011 haritu. +_+'

Untuk larian kali ni, tak dapat pecah rekod minggu lepas lah. SEJAM aku buat untuk larian 8km + berbukit bukau ni. Aduhh. Tapiiiii....kannn....aku dapattttt........

MEDAL !!! =D

HAHA. Alhamdulillah. Dapat gak medal. Tempat ke berapa tu aku tak tau lah kan. Ni merupakan medal ke-2 aku tahun ni selepas Cabaran Orienteering UPM haritu. ^_^

Paling best, aku dapat kenal 2 org dari race ni, sorang Abg Azam, sorang lg Cik Amy. Hehe. (sebelum ni aku lari sorang2, kesian tak? =p) . Dpt suggestion dr Abg Azam utk pakai pemberat kat kaki masa training kalau nak tackle laluan berbukit. Hmm..betul gak kan? Nnt nak try lah..hehe. Cik Amy plak, aku kenal sbb aku tolong tangkapkan gambar dia & kawan2. Hehe. (Facebook aku ada lagi banyak gambar)

Ok la, tu je lah aku nak kongsi dgn korang. Minggu depan ada satu lagi race kat Putrajaya plak, Larian Kitar Semula.

Jumpa di sana ya! D