Judi melingkari diri

Judi, judi, judi.. Salah satu penyebab kerosakan sesuatu bangsa selepas arak. Mengikut sejarah, judi ni merupakan satu pertaruhan yang telah bertapak berkurun lamanya. Di dalam Islam, berjudi itu merupakan satu perbuatan yang haram.

Namun, yang haram itu lah yang disukai..betul tak?

Dulu, orang main judi sendiri-sendiri. Sekarang, judi itu sendiri dah menjadi satu rancangan TV !!!



Yang paling menyedihkan, hampir keseluruhan progam disertai oleh orang Islam. Baik penonton, peserta, pengacara malah penerbit mungkin? Salah satu rancangan yang kian digilai sekarang adalah 1 Million Money Drop. Ye, aku mempertikaikan rancangan ni.




Terus terang aku katakan, aku tengok rancangan ni 15 minit je. Dan dalam 15 minit ni, terang-terang ada unsur judi. AC Mizal minta peserta pilih kategori dan sebagainya, soalan dikeutarakan, dan peserta dikehendaki letak duit pada jawapan pilihan. Kalau betul, duit tu jadi hak milik peserta, kalau kalah duit tu akan terbang melayang.

Firman Allah;

[90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Betapa mudahnya kita diperdaya. Betapa mudahnya kita terliur dengan kesenangan dunia. Ingatlah, di akhirat nanti kita akan ditanya tentang HARTA. Allah akan bertanya, dari sumber mana harta kita perolehi dan ke mana harta itu dibelanjakan.

Pernah satu ketika di Manjung ada funfair. Dari luar tengok, memang nampak menarik. Tergerak hati untuk tengok apa yang ada. Tapi apa yang aku jumpa hanyalah judi, JuDi dan JUDI. JUDI KELUARGA namanya! Dari si bapa, ibu dan anak2 kecil diajar cara2 bermain judi. Judi murahan yang hanya boleh dibeli dengan RM2 untuk 1 token.

Terdidik sejak kecil -gambar hiasan-

Berhati-hatilah kalau bawak family ke fun fair ni. Kita akan secara tak sedar terlibat dengan judi. Memang hanya untuk suka-suka, tapi secara tersiratnya kita mengajak dan mengajar ahli keluarga kita untuk berjudi. Baling dart, pancing itik, tikam nombor..itu semua tergolong sebagai judi. Kita je tak sedar.

Jadi, lepas ni sebelum buat apa2, fikir dulu betul atau tidak tindakan kita. Fikir tak lama mana pun, daripada menyesal. Walau dah menyesal, kesan judi itu tetap terpahat kat dalam hati..terutama kanak-kanak. Bila dah suka, mereka akan sentiasa nak dan nak. Dan, selama mana mereka begitu, selagi itulah saham dosa akan turut terpalit pada kita.

Renung-renungkan lah..

3 0 : Saya nak komen!:

LiYaNa said...

..anda ditag..
http://cherishlife-iznie.blogspot.com/2011/12/taggiefromghurabadamha.html

AKIM IQBAL said...

Judi is subjective. Jadi tanyalah kepada yang pakar. Hikhik

MuhD NoR AzyM said...

Liyana,
Dah lama aku tak kena tag. =p

Akim Iqbal,
Yup. Subjektif. Sbb tu kena berhati2. :)